Perkongsian saya pada kali ini saya kongsikan hanya untuk memberikan pandangan dan pendapat.Sememangnya manusia ini tidak boleh lari daripada perasaan suka, sayang dan cinta kepada seseorang kerana ianya sudah menjadi fitrah manusia mempunyai perasaan sedemikian. Apakah perbezaan antara suka,sayang atau cinta ini? Dan sejauh manakah pula kebenaran perbezaan in?Hanya diri kita yang dapat menafsirkannya.
Namun bagi saya,sebenarnya ketiga-tiga perasaan ini saling berkaitan.Ianya bermula dengan perasaan suka di mana ''Suka'' ialah perasaan yang lahir apabila kita meminati seseorang dari segi zahirnya. Suka ini juga merupakan satu perasaan iaitu 'impress' atau 'admire' kepada sesuatu atau seseorang. Sebagai contohnya, anda merupakan seorang pekerja dalam sebuah syarikat. Apabila anda berada dalam suatu mesyuarat, anda terjumpa dengan seorang lelaki/wanita yang menarik perhatian anda. Dia sememangnya menarik perhatian pandangan mata anda. Dia berkemungkinan sekali seorang yang berpakaian kemas, berpersonaliti menarik, bijaksana dan berwawasan. Itulah dinamakan suka. Suka di mana sesuatu itu memenuhi ''ciri-ciri'' yang anda mahukan pada sesuatu atau seseorang.
''Sayang'' ini pula ialah satu perasaan yang membuatkan kita senantiasa memerlukan si dia bersama kita dan disamping kita di saat kita berada dalam keseorangan;dimana kita mahukan seseorang itu untuk berkongsi masalah kita,rahsia kita atau kisah suka duka kita.Kebiasaannya kita akan menyayangi seseorang yang selalu menjadi PENDENGAR kepada masalah atau cerita kita.Kasih sayang ini merangkumi perasaan sayang kita kepada keluarga, sayang kita kepada sahabat, sayang kita kepada pasangan kekasih dan juga sebagainya. Dengan perasaan sayang inilah yang senantiasa membuatkan kita rasa dihargai dan diperlukan.
Bagaimana pula dengan ''Cinta?'' Perasaan ini pula timbul dari hati antara seseorang individu kepada individu yang lain. Perasaan ini ialah perasaan yang membuatkan kita senantiasa mengharapkan yang si dia menjadi hak kita. Kita akan cuba untuk selalu menjaga hatinya.Bukan itu sahaja,segala perkara yang kita lakukan juga sebolehnya tidak mahu menyakiti hatinya walau sekelumit sekalipun. Bagaimana pula dengan fikiran kita?Fikiran kita pula hanya memikirkan tentang dirinya. Sebenarnya,perasaan cinta ini bermula dengan perasaan suka dan juga perasaan sayang.Sedang kita mencintai seseorang,sebenarnya kita terlebih dahulu menyukainya dan menyanyanginya.Cinta juga ada pelbagai iaitu Cinta Hamba kepada Maha Penciptanya, Cinta Umat kepada Rasulnya, Cinta Allah kepada hambaNya, Cinta Ibu bapa dan anak-anaknya, Cinta Suami dan Isteri dan begitu juga Cinta antara Pasangan Kekasih.
Cinta ialah satu fitrah semulajadi yang telah diciptakan oleh Allah kepada hambaNya. Apabila Allah telah menciptakan cinta sudah tentu ada hikmah disebalik penciptaanNya itu.Oleh itu,Janganlah anda cuba untuk menghalang perasaan cinta kepada seseorang. Jika anda melakukannya, anda sebenarnya telah melawan fitrah yang ada dalam diri anda. Bagi sesiapa yang telah bersedia dari segala segi, jangan tunggu lama-lama,eloklah disegerakan.Masuklah meminang dan segeralah berkahwin kerana perkahwinanan diumpamakan seperti membina sebuah masjid.Suka,Sayang dan Cintalah seseorang itu kerana Allah SWT. Wallahualam.
Kata-Kata Hikmah Cinta oleh Hamka
‘’Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat’’

Tiada ulasan:
Catat Ulasan