Isnin, 22 November 2010

Peranan Isteri Penting Untuk Suami



Salam ceria dan salam bahagia hari ini.

Roda kehidupan selalu berputar. Kadang-kadang manusia mengalami saat-saat yang mengembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan.

Adakalanya manusia mengalami hati yang sebaliknya.

Apapun keadaan yang dialami suami awda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Di saat suka, menjadi pengingat agar suami tidak terlena. Di saat duka, menjadi penglipur lara.


Isteri bukan sekadar menjaga anak dan mengurus rumahtangga, sebagai orang yang paling terapat isteri adalah yang paling tepat menjadi teman menangis diwaktu duka, teman ketawa diwaktu gembira.

Isteri adalah penghibur yang memahami suami luar dan dalam.


Ana tertarik dengan satu komen rakan blogers ( pastinya beliau seorang wanita ) yang memberikan komen berhubung peranan suami sebagai ketua keluarga.

Menurut bloger tersebut, para suami “bebas” buat apa saja diluar tapi si isteri-isteri kesian menderita dirumah.

Kata sipemberi komen itu lagi ugama melarang isteri-isteri keluar rumah tanpa izin suami. Beliau berpendapat isteri menjadi mangsa keadaan.


Apa yang dapat Ana katakan disisi, jika sisuami itu tahu dan sedar akan pengorbanan dan kemuliaan isterinya, si suami tidak akan “mengambil kesempatan” untuk melukakan hati si isteri.

Si suami juga perlu ingat, Allah SWT memberikan daya sedar/gerak hati si isteri amat tajam. Justeru itu secekap dan sebijak mana pun si suami cuba “berbohong” dan “pasang dua” di luar rumah, awal akhir si isteri pasti juga akan tahu.


Layarilah bahtera rumahtangga awda dengan formula saling hormat menghormati dan berlaku jujur.


Jumpa lagi.

Susunan : team arab-families.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...