Isnin, 6 Disember 2010

Amal Yang Membuka Pintu Syurga


"Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun.

" Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala." "Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.

Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.

Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.

Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.

Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."

Pagar Diri Dari Ilmu Hitam Dan Sihir

 

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.


Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah
dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian wassalam.

~ Sumber : http://www.mymasjid.net.my

Rahsia Pemakanan Genius-Genius Islam


Adi Putra kanak-kanak pintar dalam matematik. Telah mencipta 200 lebih formula matematik.

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

http://www.mymasjid.net.my

Jumaat, 26 November 2010

Mencari Wanita Cantik Atau Mencari Kecantikkan Wanita

Ada ungakapan yang mengatakan sukarnya mencari wanita yang solehah sama mencari gagak putih. Ungkapan ini ada kebenarannya, terutama kita yang hidup di akhir zaman ini. Namun apa pun cabarannya, wanita yang solehah tetap menjadi idaman lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Malah, lelaki yang jahat sekalipun, tetap inginkan wanita yang solehah sebagai pasangan hidupnya. Apa nak dihairankan, bukankah si pengotor pun sukakan kebersihan?
Secara ringkas mencari isteri yang solehah mestilah bermula dengan ilmu. Kita mesti ada ilmu tentang ciri-ciri wanita solehah. Dengan ilmu kita boleh menyuluh sifat-sifat seorang wanita yang solehah secara ilmiah. Tanpa ilmu, kita akan terkeliru, yang mana intan, yang mana kaca. Untuk mendapat ilmu, kita perlulah mengaji dan mengkaji isi kitab-kitab, buku-buku dan menghadiri majlis pengajian yang disampaikan oleh para ustaz dan alim ulama.
Menerusi ilmu, kita dapati terlalu banyak kriteria seorang wanita yang solehah. Antara ciri-ciri wanita solehah itu ialah menjaga solat, taat ibu bapa, berakhlak, menutup aurat dan lain-lain perintah dalam ajaran islam. Itu baru soal lahiriah yang ketara oleh penglihatan mata. Namun ciri wanita solehah bukan sekadar sifat luaran, tetapi ia juga menyentuh sifat dalaman seperti memiliki sifat sabar, redha, syukur, pemurah dan lain-lain.
Jika ini menjadi ukuran, mencari solehah memanglah sukar sebab menilainya samalah seperti meneropong ke dalam hati seseorang. Kata orang, yang menutup aurat pun belum tentu solehah. Kata orang ‘kulit’ yang baik belum tentu isinya juga baik. Jadi bagai mana ya? Jangan dipersukarkan. Mari kita permudahkan. Caranya cukup ringkas dan mudah. Tidak payah bersusah payah hendak mengukur atau ‘meneropong’ iman dan taqwa orang lain. Caranya ialah: Jadikan diri kita dahulu calon suami atau lelaki yang soleh!
Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami yang soleh, kemudian bina semua ciri itu di dalam diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah pula soal hati, soal dalaman... muhasabah iman dan taqwa kita sendiri. Bisikan ke hati, apakah kita telah menjadi seorang lelaki yang soleh atau sekurang-kurangnya sedang berusaha menjadi soleh? Padankan sifat-sifat orang yang soleh dengan diri sendiri. Sudah atau belum? Jawab dengan jujur. Hai itu sukar, kan? Memang sukar. Tetapi tentunya jauh lebih mudah daripada hendak mengukur iman di hati orang lain.
Inilah kaedah yang paling tepat untuk mendapat isteri yang solehah. Mungkin cara ini agak lambat, tetapi inilah cara yang paling tepat. Kaedah ini ada kelebihannya. Sebab kunci kejayaannya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita membina sifat- sifat soleh...maka lebih cerahlah peluang untuk mendapat isteri yang solehah. Semuanya bermula dangan usaha terhadap diri kita sendiri.
Kita harus malu kepada Allah (dan diri kita sendiri juga), jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kekadang lucu juga bila mendengar cerita betapa ada pemuda yang tunggang-langgang hidupnya di bandar, kaki botol, berpeleseran, berjudi dan lain-lain perbuatan maksiat tetapi bila hendak berumah tangga minta ibu carikan wanita yang solehah di kampung.



Apa pandangan kita tantang ini? Apakah kaedah ini boleh berjaya? Jika anda seorang wanita, sanggupkah anda menerima lelaki yang semacam itu? Saya tidak persoalkan kewajaran kita mendidik selepas berkahwin nanti, tetapi jika diberi pilihan apakah pilihan anda? Tentu anda menolak calon suami sedemikian. Pada kaum lelaki yang seperti itu, kita ingin mengingatkan, tergamakkah kita menipu orang lain dan menipu diri sendiri apabila kita inginkan yang baik sedangkan kita tahu akan keburukan diri sendiri?
Jadi marilah kita segera tamatkan penantian akan kedatangan wanita solehah itu dangan mempercepatkan pambinaan ciri-ciri seorang lelaki yang soleh pada diri sendiri. Ubahlah diri, untuk merubah orang lain. Tegasnya, jika kita menjadi soleh, maka solehah akan muncul dengan sendirinya. Ingat, jadilah soleh, bukan carilah solehah. Yakinlah janji Allah melalui firman-Nya: “...dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik...” (An-Nur: 26)
Namun jika belum ketemu juga, bisikan ke dalam hati... Aku belum lagi menjadi soleh, sebab itu Allah belum kurniakan aku seorang wanita yang solehah sebagai isteri! <3

 ~ Sumber http://genta-rasa.com ( Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

Khamis, 25 November 2010

The Levels of Prayer - What Level are You At





Ibnul-Qayyim Al-Jawziyyah (rahimahullaah) said:

And mankind, with regard to their performance of prayer are in five levels:

The First: The level of the one who is negligent and wrongs his soul: He is the one who falls short in performing wudhoo (ablution) properly, performing the prayer upon its time and within its specified limits, and in fulfilling its essential pillars.

The Second: The one who guards his prayers upon their proper times and within their specified limits, fulfils their essential pillars and performs his wudhoo with care. However, his striving (in achieving the above) is wasted due whisperings in his prayer so he is taken away by thoughts and ideas.

The Third: The one who guards his prayers within the specified limits, fulfils their essential pillars and strives with himself to repel the whisperings, thoughts and ideas. He is busy struggling against his enemy (Shaytaanor Satan) so that he does not steal from the prayer. On account of this he is engaged in (both) prayer and jihaad.

The Fourth: The one who stands for the prayer, completes and perfects its due rights, its essential pillars, performs it within its specified limits and his heart becomes engrossed in safeguarding its rights and specified limits, so that nothing is wasted from it. His whole concern is directed towards its establishment, its completion and its perfection, as it should be. His heart is immersed in the prayer and in enslavement to his Lord the Exalted.

The Fifth: The one who stands for the prayer like the one mentioned above. However, on top of this, he has taken and placed his heart in front of his Lord Azzawajall, looking towards Him with his heart with anticipation, (his heart) filled with His love and His might, as if he sees and witnesses Allaah. The whisperings, thoughts and ideas have vanished and the coverings which are between him and his Lord are raised. What is between this person and others with respect to the prayer, is superior and greater than what is between the heavens and the earth. This person is busy with his Lord Azzawajall, delighted with Him.

The First type will be punished, the second type will be held to account, the third will have his sins and shortcomings expiated, the fourth will be rewarded and the fifth will be close to his Lord, because he will receive the portion of the one who makes his prayer the delight and pleasure of his eye. Whoever makes his prayer, the delight and pleasure of his eye, will have the nearness to his Lord Azzawajall made the delight and pleasure of his eye in the hereafter. He will also be made a pleasure to the eye in this world since whoever makes Allaah the pleasure of his eye in this world, every other eye will become delighted and pleased with him.

(Source: Al-Waabil us-Sayyib)


Now think about this, what level do you think you are in?
Are you sure?
Could be better, right?
This is kinda scary.
A true fight to the finish.


~ Source http://www.missionislam.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...