Khamis, 20 Oktober 2011

Datang Bulan???Opps!! Apa yang Lelaki Patut Buat


Bila wanita datang bulan...
1. Hadiahkan coklat kepadanya. Pasti sidia menerimanya. Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis di kala itu.
2. Nyatakan kehadiran datangnya bulan bukan waktu memutuskan hubungan. Peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu.
3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.
4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan  apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan biarlah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
5. Bila si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam.
6. Sebaik-baiknya bawa kekasihmu bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. Jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.
7. Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah contohnya masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara.
8. Adalah lebih baik kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. Barulah bahgia dan serasi hidup.
9. Bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. Dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula , bisikan kata-kata manis di telinganya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.
10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita kotex soft and smooth Overnight kerana ia pilihan tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...